Thursday, August 31, 2017

SALAM AIDILADHA

Salam Satu Malaysia buat sahabat semua..
Ibadah korban sangat dituntut dalam agama Islam. Ramai tak yang buat korban tahun ni?
Pihak homestay mengucapkan SALAM AIDILADHA buat sahabat semua yang pernah menginap di Izzura Homestay. Salah dan silap harap dimaafkan.

Terima kasih buat En.Azam sekeluarga dari Kuala Lumpur yang menginap di homestay kami dan menyambut AidilAdha di Perlis. Nanti jemput datang lagi ye.

Jikalau ada yang berminat dan mencari penginapan yang selesa untuk keluarga anda, bolehla hubungi kami di 019-4113554 (En.Shah) atau Pn.Zura (012-4696731).




Sunday, July 9, 2017

PROMOSI..PROMOSI...

Betapa sayangnya kami kepada hampa semua, kami nak habaq kat hampa semua, dengan berbesaq hati, pihak Homestay nak bagi harga kaw-kaw na kat hampa semua....
 
 
Harga: RM180.00 (3 aircond) semalam.
 
Sah sehingga 31 Julai 2017.
 
Cepat-cepat bagitau kami hampa nak duk homestay kami..
 
Hubungi: 019-4113554/ 012-4696731
 

 
 
 
 


Harumanis vs Chok Anan

Mengenali Mangga Popular di Malaysia.

Sumber : Twitter @pertaniann9

Jom sertai Peraduan...

Pertandingan Keceriaan Negaraku anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.
Kepada yang berminat untuk menyertai Pertandingan Keceriaan Negaraku 2017, borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Penerangan Negeri Perlis, Bangunan Tun Haji Abdul Razak, Kangar, Perlis atau muat turun di laman web www.penerangan.gov.my.
Tempoh penyertaan bermula dari 1 Julai sehingga 31 Julai 2017. Hadiah menarik menanti pemenang bagi setiap kategori.
...
Di antara Kategori yang boleh di sertai adalah :
1. Bangunan Kerajaan
2. Bangunan Swasta
3. Kampung ( Kg. Tradisional / Kg. Baru Cina / Estet / Felda )
4. Sekolah ( Menengah / Kebangsaan / Jenis Kebangsaan )
5. Taman Perumahan
6. Individu ( Kediaman )
7. Pintu Gerbang
8. Anjung Komuniti 1 Malaysia
 
Jom hebahkan...
 
 

Tempahan plat no RS kini di buka..

Salam Satu Malaysia.
Sekadar hebahan untuk seluruh penduduk di Perlis/seluruh Malaysia, tempahan plat no. RS kini dibuka. Kepada sesiapa yang di luar Perlis, yang berminat nak pilih plat RS ni bolehla merisik-risik dengan kami. Kami sedia membantu mencapai hasrat anda semua. Whatsapp ja na: 012-4696731. Calling-calling tak layan na.. Sampai 19 Julai 2017 sahaja.
 

Khas buat seluruh penduduk negeri Perlis dan yang berkesempatan mengunjungi Tasik Melati, booth pendaftaran Tasik Melati Run 2017 di Bonet Ahad Tasik Melati pada 9 Julai 2017dari jam 5 ptg - 7 ptg. Jom pakat mai ramai2 untuk buat pendaftaran. Harga early bird sehingga 17 Julai 2017 ni sahaja. Jom kita meriahkan majlis bersama-sama.


 

Senarai Nat(Pasar pagi) dan Pasar Malam di Perlis

SENARAI NAT/ PASAR TANI DAN PASAR MALAM DI NEGERI PERLIS

📌ISNIN
NAT BALAI BARU
PASAR MALAM JEJAWI ...
PASAR MALAM KUALA SANGLANG
PASAR MALAM SMPANG EMPAT ABI

📌SELASA
NAT SIMPANG EMPAT
NAT BATU DUA
PASAR MALAM KUALA PERLIS
PASAR MALAM LUBUK SIREH
PASAR MALAM BUKIT KETERI
PASAR MALAM RPA ARAU

📌RABU
NAT BALAI BARU
PASAR TANI SERIAB
NAT ARAU (TAPAK PASAR MALAM)
PASAR MALAM KOK MAK
PASAR MALAM PANGSAPURI SENA
PASAR MALAM BINTONG
PASAR MALAM KUBANG PERUN

📌KHAMIS
PASAR TANI PEKAN SIMPANG EMPAT
NAT JEJAWI
NAT SIMPANG EMPAT
PASAR MALAM PAUH
PASAR MALAM TITT CHAI, UTAN AJI
PASAR MALAM TAMAN MELATI INDAH
PASAR MALAM BATU BERTANGKUP

📌JUMAAT
NAT BEHOR LATEH
NAT POKOK GETAH, PAUH
NAT BUKIT KETERI
NAT PADANG MELANGIT
PASAR TANI TAMAN BESERI PAYA
PASAR MALAM ARAU
PASAR MALAM PEKAN SIMPANG EMPAT
PASAR MALAM NGULANG
PASAR MALAM TITI TINGGI
PASAR MALAM BESERI DALAM

📌SABTU
NAT BALAI BARU (berdekatan dengan Homestay kami)
PASAR TANI TAMAN SENA
PASAR MALAM JEJAWI
PASAR MALAM SEMADONG
PASAR MALAM SEBERANG RAMAI

📌AHAD
NAT POKOK GETAH ( juga dikenali Nat Pendekar sebab dalam kawasan pokok getah)
NAT MATA AIR
NAT BEHOR LATEH
NAT KUALA PERLIS
PASAR TANI TAMAN SENA
PASAR MALAM TITI CHAI, UTAN AJI
PASAR MALAM BALAI BARU
PASAR MALAM KAKI BUKIT
UPTOWN SIMPANG EMPAT SYED KASSIM

*Jika ada perubahan atau tambahan, sila maklumkan kepada kami untuk pembetulan.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

 
Sudah lama kami tidak menjengah blog kesayangan ni. Terima kasih kepada pengunjung yang menghubungi kami untuk tempahan homestay. Apa yang pasti, kami menjamin agar anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Ketika anda semua sedang menjamu selera dengan ketupat dan rendang, kunjungilah jiran dan saudara kita untuk merapatkan ukhwah.
Akhir kata, sambutlah lebaran ini dengan penuh bermakna bersama keluarga tercinta. 0-0
 
Untuk tempahan, hubungi: 019-4113554 / 012-4696731.
 
#izzurahomestay
#salamaidilfitri2017